Kak Sue atau nama sebenarnya Suraya Borhan merupakan seorang penyampai radio yang cukup berpengalaman dalam dunia penyiaran. Dengan gaya yang santai, petah bercakap dan sentiasa ceria, memang mudah untuk pendengar rasa dekat dengan dia.
Jenis yang happy go lucky tapi tetap profesional, Kak Sue ada aura tersendiri yang buat orang terus selesa bila dengar suara dia. Sebab itu ramai yang dah anggap dia macam kakak sendiri, manja tapi penuh vibe positif.
Kini bersama SINAR, Kak Sue tampil dengan warna dan energi yang fresh untuk menceriakan hari hari pendengar.