
Status Lee Zii Jia untuk sertai skuad kebangsaan ke Piala Thomas 2026 masih menjadi tanda tanya.
Pemain perseorangan lelaki negara itu dilapor masih belum jalani latihan hingga kini susulan alami kecederaan sebelum ini.
Susulan itu, tiga pemain termasuk Cheam June Wei sedia merebut slot, sekiranya Zii Jia tidak dapat diturunkan.
__
Cabaran Ng Eain Yow pada Kejohanan Antarabangsa di Mesir terhenti.
Ini selepas pemain perseorangan skuasy lelaki negara itu tewas kepada pemain nombor dua dunia dari New Zealand pada pusingan kedua.
__
Dan, pengendali Arsenal gesa anak buahnya bangkit apabila berdepan Sporting Lisbon pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi esok.
Mikel Arteta tuntut The Gunners jadikan dua kekalahan berturut-turut sebelum ini sebagai motivasi untuk perbaiki prestasi pasukan.
Ikuti aksi antara Sporting dan Arsenal secara langsung bermula 3 pagi nanti di Astro, saluran 822 dan aplikasi Sooka!