
SUKAN| Pengadil Luar Negara Adili Final Piala Malaysia
Khidmat pengadil luar negara akan digunakan bagi mengadili aksi final Piala Malaysia antara JDT dan Kuching City, minggu depan.
Menurut MFL, keputusan itu dibuat bagi memastikan mutu pengadilan berada pada tahap terbaik selain menjamin integriti dan kelancaran perlawanan akhir.
Pihaknya sudah kemukakan permohonan rasmi kepada FAM bagi memilih pengadil terbaik untuk mengendalikan perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu.