
Lee Zii Jia sah pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Jurulatih perseorangan lelaki negara itu berkata Zii Jia kini capai tahap kecergasan 100 peratus untuk menggalas cabaran negara sekiranya dipanggil perkuat skuad bagi Piala Thomas 2026.
Piala Thomas 2026 dijadual berlangsung dari 24 April ini hingga 3 Mei.
__
Sementara itu, BAM sahkan pemain beregu campuran, Hoo Pang Ron dan pemain beregu wanita, Go Pei Kee sudah meninggalkan pasukan kebangsaan.
Manakala, Jimmy Wong pula akan kembali sertai pasukan kebangsaan sebagai pemain beregu campuran dan akan bergandingan bersama Cheng Su Yin.
__
Dan, KL City kini beralih fokus untuk buru gelaran naib juara Liga Super!
Pengendali skuad The City Boys berkata ia bagi menebus kekecewaan selepas tersingkir daripada saingan Piala Malaysia susulan tewas 1-8 secara agregat kepada JDT.
Justeru, Rista Vidakovic tuntut anak buahnya pamer aksi terbaik berdepan Kelantan The Real Warriors malam ini bagi menyempurnakan misi mengumpul mata maksimum.
KL City kini menghuni tangga keempat liga dengan 39 mata, beza tiga mata dengan Selangor yang berada di kedudukan kedua.
Ikuti aksi Kelantan TRW-KL City secara langsung bermula 8:15 malam ini di Astro, saluran 146 dan aplikasi Sooka!