Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Konflik Asia Barat jejas persiapan Sukan Asia - CDM

Persiapan kontinjen negara menjelang Sukan Asia 2026 berpotensi terjejas susulan konflik Asia Barat. 

 

Ketua kontinjen negara berkata kenaikan harga minyak dan tiket penerbangan boleh memaksa Majlis Olimpik Malaysia menilai semula jumlah atlet yang dihantar. 

 

Justeru, Datuk Mohd Sumali Reduan berharap keadaan dapat dipulihkan segera bagi memastikan kelancaran temasya yang akan membuka tirai September depan. 

__ 

 

Empat wakil Malaysia termasuk beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sahkan slot ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia. 

 

Manakala, 10 lagi wakil termasuk Goh Sze Fei-Nur Izzuddin tersingkir seawal pusingan pertama selepas tewas kepada lawan masing-masing.  

__ 

 

Dan, PSG tundukkan Liverpool 2-0 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. 

 

Keputusan itu menyaksikan The Reds catat kekalahan ketiga berturut-turut dalam semua pertandingan. 

 

Dalam satu lagi aksi, Atletico Madrid tewaskan Barcelona juga 2-0. 

 

Ia merupakan kemenangan pertama Atletico di tempat lawan berdepan Barca sejak 2006. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda