Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Bukan sekadar menang, wajib jaringkan gol sebanyak mungkin! - Arteta

Jaringkan gol sebanyak mungkin!

 

Itu tuntutan pengendali Arsenal, Mikel Arteta kepada anak buahnya yang bakal melayan kunjungan Burnley pada aksi EPL, awal pagi esok. 

 

Tegasnya, ia bagi mencerahkan lagi peluang The Gunners untuk menjulang EPL buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun.

 

Untuk rekod, The Gunners kini berada dua mata di depan pencabar terdekat, Manchester City dengan hanya berbaki dua perlawanan.

 

Ikuti aksi Arsenal-Burnley secara langsung bermula 2:50 pagi nanti di Astro, saluran 811 dan aplikasi Sooka! 

__

 

Semangat tidak mudah mengalah menjadi kunci kejayaan Kuching City!

 

Pengendalinya, Aidil Sharin Sahak menyifatkan ia bukan sesuatu yang mudah sambil mengakui tiada siapa jangkakan pasukannya mampu melangkah sejauh ini. 

 

Aksi terakhir Liga Super berkesudahan, penyerang import Jerome Etame muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan untuk bantu pasukan tewaskan KL City 1-0.

 

Kemenangan itu menyaksikan skuad The Cats menamatkan kempen musim ini selaku naib juara sekali gus mengesahkan tempat ke pentas Liga Juara-Juara Asia 2.

__

 

Dan, perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao akui beberapa kali tidak hadiri latihan seperti didakwa Datuk Seri Lee Chong Wei, dengan alasan peribadi yang tidak dapat dielakkan.

 

Bagaimanapun, Jun Hao enggan mengulas lanjut perkara itu dan hanya mahu beri sepenuh perhatian terhadap saingan Masters Malaysia yang akan bermula esok.

 

Terdahulu, BAM beri amaran terakhir kepada Jun Hao supaya perbaiki disiplin ataupun berdepan tindakan tegas termasuk disingkirkan daripada skuad kebangsaan.

SINAR Muzik Retro Terbaik