Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Aston Villa hampiri misi tamatkan penantian 44 tahun!

Aston Villa hampiri misi menamatkan penantian 44 tahun untuk menjulang trofi Eropah kedua apabila berdepan Freiburg pada aksi final Liga Europa, awal pagi esok.

 

Pengendali Villa berkata anak buahnya kini berada pada tahap terbaik susulan kejayaan mengesahkan kemaraan ke Liga Juara-Juara musim depan.

 

Sebagai rekod, kali terakhir Villa merangkul kejuaraan di pentas Eropah adalah pada 1982 apabila muncul juara Piala Eropah selepas tewaskan Bayern Munich 1-0.

 

Ikuti aksi Freiburg-Villa secara langsung bermula 3 pagi nanti di Astro, saluran 820 dan aplikasi Sooka! 

__

 

Kim Pan Gon tuntut anak buahnya pamer aksi terbaik apabila melayan kunjungan juara bertahan, Buriram United pada aksi final pertama Kejuaraan Kelab ASEAN, malam ini.

 

Pengendali The Red Giants itu berkata ia bagi membuktikan kualiti sebenar kelab dari Malaysia serta mengukuhkan maruah negara.

 

Saksikan Selangor lawan Buriram United secara langsung 8:30 malam ini di Astro Arena Bola, saluran 803 dan aplikasi Sooka!

__

 

Dan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucap tahniah kepada skuad kuadran negara atas kejayaan muncul juara Piala Dunia Sepak Takraw 2026 selepas tewaskan India, semalam.

 

Katanya, kejayaan itu bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, malah membuktikan kemampuan untuk terus cipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

SINAR Muzik Retro Terbaik