Arsenal hampiri misi merangkul gelaran EPL selepas 22 tahun!
Ini selepas skuad bimbingan Mikel Arteta itu tewaskan Burnley 1-0 pada aksi awal pagi tadi.
Kai Havertz muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan bagi memastikan tiga mata penuh buat The Gunners.
Arsenal berpeluang menjulang kejuaraan seawal pagi esok jika pencabar terdekat, Manchester City tewas kepada Bournemouth.
__
Jose Mourinho dilapor bersetuju untuk kembali membimbing Real Madrid menerusi kontrak selama dua tahun.
Ini selepas pengendali itu mengucapkan selamat tinggal kepada kelabnya, Benfica.
__
Dan, Pearly Tan-M Thinaah umum tarik diri daripada saingan Badminton Masters Malaysia.
Jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak berkata ia susulan Pearly masih belum cergas sepenuhnya.
Pearly sebelum ini tidak menyertai kempen Piala Uber bagi beri fokus penuh terhadap proses pemulihan kecederaan belakang yang dialaminya.
Sementara itu, kempen skuad badminton negara pada kejohanan Masters Malaysia bermula hari ini!
Sembilan wakil bakal beraksi pada pusingan pertama termasuk beregu no 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang dijadual berdepan gandingan Singapura.