Skip to main content
BERITA| BDR Tak Ganggu Ekonomi Negara

 

BERITA| BDR Tak Ganggu Ekonomi Negara

Dasar bekerja dari rumah, BDR bagi penjawat awam yang bermula Rabu depan tidak akan mengganggu pergerakan ekonomi negara.

Sebaliknya Menteri Ekonomi beritahu Bernama, ia bertujuan memastikan produktiviti terus terpelihara, berbeza dengan pelaksanaan BDR ketika pandemik COVID-19 sebelum ini.

Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam pada itu mohon orang ramai jangan lakukan pembelian panik yang boleh jejaskan kestabilan bekalan sedia ada.

Ini kerana kerajaan telah pun beri jaminan stok barang-barang keperluan asas mencukupi untuk tempoh yang munasabah dalam mendepani krisis tenaga global.

 

 

 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik