Wawa Zainal kini hamil anak ketiga selepas menanti empat tahun. Wawa dan Aeril sebelum ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Attar dan Hayla.

Wawa menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini telah berkongsi foto terbaru dirinya yang kini masuk 6 bulan kehamilan.
Advertisement

Namun, peminat rata-rata memberi komen bahawa mereka ‘tidak nampak’ perut Wawa dan memuji pelakon itu kelihatan bagaikan anak dara.
