Penyanyi, Taylor Swift merupakan antara selebriti yang dikenali ramai serata dunia. Antara single Taylor Swift yang menjadi kegilaan ramai adalah seperti Love Story, You Belong With Me dan We Are Never Ever Getting Back Together.

Terbaru, penyanyi ini kembali dengan album ketujuhnya dengan menampilkan single baru bertajuk ME! bersama penyanyi Brendon Urie, vokalis kumpulan Panic! at the Disco.

