GOT7, merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat rakaman JYP Entertainment yang terdiri daripada JB, Mark Tuan, Jackson Wang, Park Jinyoung, Choi Youngjae, BamBam dan Kim Yugyeom.

Baru-baru ini, muzik video tahun 2014 kumpulan ini berjudul GOT7 “A” tiba-tiba menjadi tular kembali kerana dikatakan dirakam di Seksyen 13, Shah Alam.
Advertisement

Ia selepas pemilik akaun @kathkha berkongsi sedutan daripada klip muzik video berkenaan yang jelas menunjukkan sebuah pasaraya di Malaysia.
I still can't believe that this was shot in freakin' Shah Alam https://t.co/GnTaPXfaTJ
— kath (@kathkha) November 17, 2020
Hasil pemerhatian muzik video penuh di YouTube berdurasi 3 minit 26 saat, jelas kelihatan beberapa lagi elemen lain seperti kedai serbaneka 99 Speedmart, dan banyak lagi.



Sumber: Twitter / YouTube