Aksi final Piala FA 2019 membabitkan pasukan Kedah dan Perak malam semalam turut mencipta sejarah tersendiri apabila ‘Viking Clap’ besar-besaran telah diadakan sebelum acara sepak mula.

Viking Clap yang diadakan dalam stadium yang menempatkan 83,520 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil ini telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records.


