Seorang penumpang dipercayai terjatuh ke dalam laut dari feri penumpang ketika dalam perjalanan ke Butterworth pagi ini.

Maklumat diperolehi Bernama dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang menyatakan penumpang yang masih belum dapat dikenalpasti identiti itu dilaporkan terjatuh kira-kira 1.5 km ke barat laut Terminal Feri Butterworth kira-kira pukul 9.20 pagi ini.
