Jika anda suka untuk mengembara ke serata dunia, anda kini boleh letakkan destinasi terbaru yang wajib anda lawati, iaitu Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Ia berikutan dengan pengumuman yang dibuat oleh Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang ingin membuka Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) kepada pelancong bermula tahun 2020, dengan bayaran AS$35,000 (RM145,180) untuk satu malam.
