Indonesia kini dalam proses perancangan untuk membina jambatan sepanjang kira-kira tujuh kilometer bagi menghubungkan dua buah pulau, iaitu Batam dan Bintan.

Kos pembinaan kira-kira RM1.1 billion itu akan menjadikan ia sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara.
Advertisement
Menurut Pejabat Setiausaha Kabinet, pembinaan jambatan itu mungkin akan bermula seawal tahun depan dan akan memakan masa tiga atau empat tahun untuk siap.

Batam juga merupakan satu-satunya zon perdagangan bebas di Indonesia.
Sumber: Sinar Harian
