Sebuah kajian yang dijalankan oleh saintis dari University of Washington’s Institute bagi mengkaji deria telepati menunjukkan besar kemungkinan ia benar-benar wujud.

Melibatkan 5 pasangan yang diuji dengan 20 pusingan permainan, masing-masing ditempatkan dalam satu jarak berbeza dimana mereka ditempatkan dalam sebuah bilik gelap.
Advertisement
Pasangan pertama yang dikenali sebagai responden, dipakaikan dengan sebuah topi elektrod untuk merekodkan aktiviti dalam otak masing-masing sebelum ditunjukkan gambar sebuah objek.


Pasangan kedua yang dikenali sebagai inquirer, diberikan senarai objek dan akan menghantar signal kepada responden masing-masing secara telepati. Responden hanya perlu menjawab ‘Ya’ atau ‘Tidak’ untuk setiap objek yang diberi.
Hasil kajian menunjukkan, 72% daripada soalan adalah tepat dan selebihnya adalah berpunca daripada faktor sekeliling.

Kajian berkenaan juga telah diterbitkan dalam Jurnal Public Library of Science ONE
Sumber: Mirror