Terdapat banyak cabaran yang dilakukan pengguna media sosial yang mendapat sambutan global, antaranya Keke Challenge, Falling Stars Challenge, What The Fluff Challenge, dan banyak lagi.
Terbaru, pengguna media sosial, khususnya Austria, kini memperkenalkan #KuhKussChallenge, iaitu cabaran mencium lembu. Ia mempunyai tujuan tersendiri, iaitu bagi mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan.
