Tiga ekor beruang dilihat berusaha cuba menyelamatkan anak beruang yang baru sahaja dilanggar kereta disebuah jalanraya di Florida.

Video yang dirakamkan pengguna jalanraya di Immokalee menunjukkan anak beruang itu cuba untuk bangun, namun terjatuh semula mungkin kerana cedera parah.
Advertisement


Daripada tepi jalan, tiga ekor beruang dewasa dilihat cuba menarik anak beruang itu menggunakan mulut.
Namun, menurut Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida mengesahkan anak beruang itu telah mati.
Sumber : Dailymail.uk