Piala Dunia 2018 telah berlangsung sehingga 15 Julai. Ramai yang ambil kesempatan ini untuk terbang ke Rusia bagi menonton sendiri perlawanan bola sepak yang hanya diadakan pada 4 tahun sekali.
Tak kurang juga dengan peminat dari Mexico ini yang membawa rakannya bersama menonton Piala Dunia di Rusia, cuma kawannya itu adalah sekeping papan cardboard.
Advertisement



Dek kerana tidak mendapat kebenaran daripada isterinya, Javier tidak dapat bersama 4 orang lagi rakannya bersama ke Rusia, menyebabkan rakannya itu menghasilkan sekeping papan yang mempunyi wajah dan tubuh Javier, dengan tulisan di baju āIsteri Saya Tak Bagi Pergiā.



Menariknya, papan Javier ini mendapat perhatian ramai orang sepanjang Piala Dunia 2018 berlangsung dan ramai berpeluang bergambar dengannya.





Sumber: Facebook Ingue Su Matrushka
