Baru-baru ini, tular video aksi lucu seorang kanak-kanak merayu, menangis, meminta maaf ketika ditahan oleh anggota polis trafik semasa menunggang motosikal.
Video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, Eris Riswandi itu mungkin dianggap biasa oleh masyarakat tetapi aksi mereka merayu dan meminta anggota itu tidak menahannya dan tidak membawa motosikal ke balai polis membuatkan ramai terhibur.



