Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) minggu lalu gamat dengan persembahan dari kumpulan Bocey bersama dengan artis jemputan, Hairul Azreen.

Mana tidaknya, Bocey bersama Hairul membuat penonton tak kering gusi dengan parodi daripada lagu Temberang oleh Ayda Jebat.
Advertisement

Menerusi posting dilaman Instagramnya, rata-rata netizen mengatakan mereka sangat terhibur melihat gelagat Hairul bersama kumpulan Bocey pada malam itu dan turut mendoakan kejayaan Bocey di pentas akhir.

Daripada hashtag #TemberangChallenge , ada juga yang buat parodi kepada lagu tersebut dan ia sangat menghiburkan!
