The Coachella Valley Music and Arts Festival telah berlangsung selama 2 minggu sejak 12 April lalu dan membariskan selebriti dan kumpulan terkenal seperti Childish Gambino, Tame Impala, Ariana Grande dan BlackPink.
Daiyan Trisha antara selebriti tempatan yang tidak melepaskan peluang untuk ke Coachella tahun ini dan beliau juga telah berkongsi beberapa foto menarik menerusi laman Instagram miliknya.





