BoboiBoy ialah satu siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studios. Ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama BoboiBoy dan rakan-rakannya yang membentuk pasukan untuk melindungi Bumi daripada penjahat.

Menariknya, malam semalam secara live di MeleTOP, watak animasi 3D ini dipertontonkan secara langsung menerusi satu temubual yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa.




