Minggu lalu, pelakon Aliff Aziz dilaporkan telah keluar bersama seorang pelakon wanita disebuah kelab malam dan kejadian itu mendapat perhatian isteri Aliff, iaitu Bella Astillah.

Selepas bertindak mendiamkan diri, Aliff muncul di Instagram Live nya malam semalam bagi memberikan penjelasan.
Advertisement
Menurut Aliff, beliau bertindak mendiamkan diri bukan berniat melarikan diri daripada masalah, tetapi kerana masa kini orang ramai lebih merasakan mereka layak untuk memberikan pendapat dan pandangan sendiri.

Tambah lagi, foto yang dikongsi oleh ibunya dilaman Instagram @fizaaziz bukanlah berniat untuk ditujukan kepada sesiapa, tetapi ia hanya secara umum.


Bella juga menerusi laman Instagramnya memohon maaf atas apa yang terjadi dan perlukan masa untuk berbincang sesama ahli keluarga berkenaan hal ini.
Selain itu, pelakon yang dikaitkan dengan Aliff Aziz ini iaitu Oktovia Manrose, bertindak menutup ruang komen dilaman Instagramnya.
Sumber: Instagram
