Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi 03- 95438888 atau lawati gegar.my
Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara , sila e-mel kepada kami di feedback@gegar.my .
Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.
Carnival
Bazar Buku, Budaya dan Karnival Semarak Jawi 2026 @PPAT
Bazar Buku, Budaya dan Karnival Semarak Jawi 2026 @PPAT merupakan program anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) yang akan berlangsung pada 25 Julai hingga 1 Ogos 2026, dari 9.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.
Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga seperti jualan buku pelbagai genre, pameran dan persembahan kebudayaan, pameran Semarak Jawi, aktiviti seni kreatif, reruai pameran agensi serta gerai makanan dan kraf. Orang ramai dijemput hadir bagi memupuk budaya membaca, menghargai warisan budaya dan memperkasakan tulisan Jawi melalui pelbagai pengisian yang menarik.
Kesihatan
KARNIVAL KESIHATAN WANITA, KPT PRIHATIN MADANI, MOBILE HEALTH SCREENING
Khas untuk warga Setiu! πΈ
Kami membawakan pelbagai perkhidmatan kesihatan dan aktiviti menarik khas untuk anda.
Perkhidmatan saringan kesihatan:
β
Saringan Kanser Pangkal Rahim
β
Pemeriksaan Mamogram Percuma
β
Saringan Kesihatan Tulang
β
Khidmat Fisioterapi
β
Saringan Gula Dalam Darah
Aktiviti menarik:
π₯³Persembahan Dikir Barat oleh SMK Pelong
π Demonstrasi Ular dari JPAM
π Kaunter Amanah Ikhtiar Malaysia
π Pameran Kenderaan Proton & Mitsubishi
ποΈ Gerai Jualan
π¨ Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
π Jus Sihat Awet Muda
π Cabutan Bertuah dengan hadiah-hadiah lumayan!
π SMK Tengku Ibrahim, Setiu
π
25 Julai 2026 (Sabtu)
π 8.00 pagi β 5.00 petang
Masuk adalah PERCUMA! Kami menantikan kehadiran anda di Karnival Kesihatan Wanita 4.0.
Seni & Hiburan
TEMASYA BUDAYA PERAK 2026
24-07-2026-26-07-2026
DATARAN UDANG GALAH, TELUK INTAN, PERAK
09:00 AM
FREE ADMISSION
Temasya Budaya Perak 2026 (TBP2026) ini akan menampilkan pelbagai acara yang menggabungkan kesenian dan kebudayaan setempat. Selain itu terdapat juga program interaktif, pertandingan, pameran, jualan serta demonstrasi tentang etnik dan budaya tempatan. Dengan berkonsepkan βbubu", program pelancongan budaya oleh JKKN Perak ini pastinya dinanti-nantikan.
MASUK PERCUMA!
ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR!