Juara bertahan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terpaksa menarik diri daripada saingan Masters Malaysia minggu depan.
Ia susulan kecederaan lutut yang dialami Wei Chong belum pulih sepenuhnya.
Situasi itu turut menyaksikan Wei Chong-Kai Wun turut tarik diri daripada tiga kejohanan berturut-turut termasuk Terbuka Singapura dan Terbuka Indonesia.
Pada edisi lalu, Wei Chong-Kai Wun muncul juara Masters Malaysia selepas tundukkan rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di final.
__
Sementara itu, kempen Malaysia pada saingan badminton Terbuka Thailand bermula hari ini!
Beregu lelaki Nur Azriyn-Tan Wee Kiong dan beregu wanita Ong Xin Yee-Carmen Ting antara wakil negara yang bakal beraksi pada pusingan pertama.
Manakala pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dijadual memulakan cabaran pada pusingan kelayakan berdepan wakil India.
__
Dan, Tottenham seri 1-1 dengan Leeds pada aksi EPL, awal pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan Spurs gagal manfaatkan peluang untuk lebarkan jurang daripada zon penyingkiran.
Tottenham kekal berada di tangga ke-17 liga, satu mata di depan West Ham yang berada dalam tiga kelompok pasukan tercorot.