Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Taman Awam Di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan Kini Dibuka Seawal 5.30 Pagi

Gambar: Taman Botani Perdana

Khabar baik buat warga kota yang gemar berjoging, berbasikal atau menikmati udara segar sebelum memulakan hari. Sebanyak 10 taman utama di Kuala Lumpur kini akan dibuka lebih awal iaitu seawal jam 5.30 pagi setiap hari bagi memberi lebih banyak masa kepada orang ramai untuk beriadah dan bersenam.

Advertisement

Langkah itu dilihat sebagai usaha untuk memupuk dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat bandar selain memberi fleksibiliti kepada mereka yang mempunyai jadual kerja padat.

Gambar: Taman Tasik Titiwangsa

Antara taman yang terlibat ialah:

  • Taman Botani Perdana

  • Taman Tasik Titiwangsa

  • Taman Metropolitan Kepong

  • Taman Tasik Permaisuri

  • Taman Bukit Jalil

  • Taman Tasik Menjalara

  • Taman Pudu Ulu

  • Taman Rekreasi Alam Damai

  • Taman Tasik Ampang Hilir

  • Taman Tasik Danau Kota

Bukan itu sahaja, beberapa taman terpilih seperti Taman Botani Perdana dan Taman Tasik Titiwangsa turut akan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam pada hari Jumaat dan Sabtu.

Inisiatif itu dijangka memberi peluang kepada warga kota menikmati aktiviti riadah pada waktu malam dalam suasana yang lebih santai dan nyaman, terutama selepas cuaca panas pada siang hari.

Ia juga sesuai untuk mereka yang lebih gemar bersenam pada waktu malam bersama keluarga atau rakan-rakan.

Putrajaya dan Labuan Turut Terlibat

Selain Kuala Lumpur, beberapa taman dan kawasan rekreasi di Putrajaya serta Labuan juga akan dibuka lebih awal bermula jam 5.30 pagi.

Gambar: Secret Garden Putrajaya

Putrajaya

  • Promenade Persiaran Perdana

  • Padang Awam Presint 9

  • Taman Awam Taman Kejiranan Presint 16

  • Taman Awam Taman Canseri (Laman Duta)

  • Secret Garden Putrajaya Steps

  • Taman Seri Empangan

    Gambar: Taman Botani Labuan

    Labuan

  • Padang Awam Dataran Labuan

  • Padang Ragbi Labuan

  • Padang Membedai

  • Taman Botani Labuan

  • Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan

  • Taman Damai Pantai Layang-Layangan

Pembukaan awal taman-taman ini dijangka memberi manfaat besar kepada masyarakat, khususnya golongan bekerja yang sering kesuntukan masa untuk bersenam.

Dengan suasana pagi yang lebih tenang, udara segar serta fasiliti yang semakin baik, taman awam kini bukan sekadar lokasi riadah, malah menjadi ruang komuniti untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Ramai juga melihat langkah ini sebagai satu perubahan positif untuk menjadikan bandar lebih mesra komuniti dan menghidupkan budaya rutin pagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

SINAR Muzik Retro Terbaik