Skip to main content

Advertisement

Submitted by mohd-amirul-ha… on
ERA SARAWAK: KITA FM 2026

Satu Nama, Satu Suara. KITA FM 2026 Kembali Lagi!

Bila kita bersatu, kemeriahan berganda! Sempena sambutan bulan kebangsaan, KITA FM menghimpunkan stesen-stesen radio di bawah Astro Audio untuk membawakan liputan eksklusif, siaran langsung luar (Outside Broadcast), dan siri jelajah mega terus kepada anda di seluruh negeri. 

Sorotan Acara Utama 

- Perarakan Hari Kebangsaan & Siaran Luar  (31 Ogos)


Saksikan gabungan 5 stesen utama iaitu ERA, SINAR, HITZ, MY, dan RAAGA bersiaran secara langsung dari Dataran Putrajaya bermula jam 6:00 pagi. Jangan lepaskan peluang melihat kemunculan istimewa Bas KITA FM berarak dalam perbarisan Hari Kebangsaan dan bertemu dengan personaliti radio kegemaran anda.
(Masa siaran terperinci akan dikemas kini) 

- Bas KITA FM di Menara KL (31 Ogos | 2:00 PM – 4:00 PM)
Meriahkan sambutan Hari Kebangsaan  anda di Menara KL! Sertai sesi flag-off, pelbagai aktiviti pentas interaktif bersama barisan personaliti radio, dan bawa pulang hadiah serta cenderahati eksklusif daripada penaja. 

- Jelajah Bas KITA FM Satu Malaysia
Gabungan 13 stesen radio  bersatu menjelajah ke setiap negeri menerusi Jelajah Bas KITA FM. Temui personaliti radio kegemaran anda secara langsung, nikmati siaran luar di lokasi anda, dan saksikan mini showcase istimewa bersama barisan artis popular tanah air. 

15 September (Rabu): Personaliti ERA SARAWAK akan menaiki Bas KITA FM memeriahkan hentian di Plaza Merdeka!   (Jadual penuh dan masa lokasi jelajah boleh disemak melalui poster rasmi berikut)

Larian KITA FM (Misi 63 KM)
Sahut cabaran larian bersama 13 stesen radio di setiap negeri bagi melengkapkan misi larian sejauh 63 kilometer!  

Showcase KITA FM (2 September 2026 | 8:30 PM – 11:00 PM) Warga Pantai Timur jom gegarkan Kuantan! Saksikan persembahan mantap dan gandingan istimewa stesen ERA, SINAR, dan GEGAR di Perkarangan Menara 188, Kuantan. Nikmati malam penuh hiburan bersama barisan penyampai dan artis popular jemputan. 

Ikuti perkembangan terkini, jadual siaran, dan kandungan eksklusif di laman web serta semua platform media sosial rasmi kami. 

Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni 
Terima kasih Malaysia kerana terus bersama KITA FM! 

Advertisement

ERA SARAWAK Muzik Hit Terkini