Skip to main content

Advertisement

Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi 03-9543 8888 atau lawati era.je.

Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara, sila e-mel kepada kami di helloera@astro.com.my atau faksimili di talian 03-9543 5675.

Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.

Arts & Entertainment

Sun Bear Malaysia 2026/2027 – Discover Malaysia Through Art, Culture, Heritage and Conservation at BSAS, KL

25-11-2026-10-01-2027

Bangunan Sultan Abdul Samad

09:00 AM

Free

πŸ“ 15 arca Beruang Matahari berwarna-warni. 15 kisah Malaysia. Seekor Mamee Monster yang lincah! πŸ“ Bersiap sedia untuk menerokai Sun Bear Malaysia 2026/2027, sebuah kempen pameran seni, warisan, pelancongan dan pemuliharaan yang diilhamkan oleh artis Malaysia, Alice Chang. Kempen ini menampilkan 15 arca Beruang Matahari hasil rekaan artis yang meraikan kisah, tradisi dan warisan semula jadi Malaysia yang penuh warna-warni. πŸ“ Menerusi β€œMamee Monster Goes Cuti-Cuti Malaysia”, Mamee Monster yang dikenali ramai turut menyertai 15 arca Beruang Matahari dalam sebuah kolaborasi yang ceria. Bersama-sama, kedua-dua ikon Malaysia ini mengajak pengunjung menerokai warisan negara yang kaya serta melakar kenangan yang boleh dikongsi bersama. πŸ“ Mengapa Anda Perlu Hadir? βœ”οΈ Terokai 15 arca Beruang Matahari hasil rekaan artis, yang mendapat inspirasi daripada kepelbagaian tradisi, kraf tempatan, makanan, mercu tanda dan warisan semula jadi Malaysia, bersama Mamee Monster. βœ”οΈ Dengarkan kisah di sebalik setiap Beruang Matahari dengan mengimbas kod QR. Rakaman audio tersedia dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Mandarin. βœ”οΈ Kenali dengan lebih dekat beruang matahari Malaya serta kepentingan melindungi spesies asal tanah air ini dan hutan yang menjadi habitatnya. βœ”οΈ Pembelian Discover Passport untuk menerokai kesemua 15 arca Beruang Matahari sambil mengumpul cop di setiap arca. Juga boleh membeli kit lukisan mini Beruang Matahari , serta mengikuti sesi penerangan oleh Bornean Sun Bear Conservation Centre tentang pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar. βœ”οΈ Sila layari laman sosial Lai Lai Art untuk maklumat lanjut: laman web (https://www.lailaiart.com/) atau Instagram (https://www.instagram.com/lailaiartgallery/). πŸ“ Jemput datang untuk menikmati karya seni, hayati kisah di sebaliknya dan temui semula Malaysia yang kita sayangi!
Arts & Entertainment

Apabila Malam Menjelma, Hutan Hujan Malaysia Mula Terjaga

14-11-2026-14-06-2027

GMBB, 2, Jalan Robertson, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

11:00 AM

Percuma

Terokai dunia tersembunyi hidupan liar nokturnal Malaysia menerusi Jungle Nocturne: Pameran Fotografi Hidupan Liar oleh Chien C. Lee, anjuran GMBB. Menampilkan 28 karya fotografi yang dirakamkan di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, pameran ini membawa pengunjung menyelami kehidupan hidupan liar hutan hujan Malaysia selepas senja, termasuk tingkah laku, strategi kelangsungan hidup serta interaksi menarik antara pelbagai spesies. Antara tarikan utama ialah Harimau Dahan Sunda (Sunda Clouded Leopard), harimau Malaya (Malayan Tiger) yang amat terancam, Pulsan Lamri (Bornean Ferret Badger), serta interaksi luar biasa yang pertama kali diperhatikan antara tikus akar (Dark-tailed Tree Rat) dengan tumbuhan periuk kera (Nepenthes lowii).πŸ“ Lokasi: Darkroom Gallery (GM-6-13A), Aras 6, GMBB πŸ“… Tarikh: 14 November 2026 – 14 Jun 2027 (Dibuka setiap hari)⏰ Masa: 11.00 pagi – 8.00 malam 🎟️ Kemasukan: Percuma Menerusi Jungle Nocturne, hayati dengan lebih dekat keunikan hutan hujan Malaysia selepas senja. Daripada hidupan liar yang sukar ditemui hinggalah interaksi luar biasa antara pelbagai spesies, setiap foto mendedahkan kisah alam semula jadi yang menakjubkan untuk diterokai!
Pendidikan

Sarawak Infozone

11-11-2026-11-12-2026

test

22:01 PM

https://era.je/

FOC

test

ERA SARAWAK Muzik Hit Terkini