Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Asia terhenti!
Ini selepas beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada gandingan Korea Selatan pada suku akhir.
Sementara itu, beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah terlebih dahulu tersingkir selepas tewas straight set kepada pasangan China.
__
Beralih ke bola sepak, KL City tundukkan tuan rumah Kelantan The Real Warriors 2-0 pada aksi Liga Super, malam tadi.
Gol dijaringkan oleh Safawi Rashid dan Kpah Sherman untuk memastikan skuad The City Boys raih tiga mata penuh.
__
Dan, West Ham benam Wolves 4-0 pada aksi EPL, awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Nuno Espirito Santo melonjak keluar dari zon penyingkiran sekali gus menolak Tottenham ke kelompok tiga tercorot.