Selangor muncul naib juara Kejuaraan Kelab ASEAN.
Ini selepas skuad The Red Giants tewas 1-2 kepada kelab Thailand, Buriram United pada aksi final kedua di Arena Chang malam tadi.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Buriram United berjaya mempertahankan gelaran kejohanan terbabit dengan kemenangan 3-1 secara agregat.
Kejayaan berkenaan turut mengukuhkan status kelab Thailand terbabit sebagai antara kelab paling dominan di Asia Tenggara.
.....
Crystal Palace cipta sejarah apabila menjulang trofi Eropah pertama selepas menewaskan Rayo Vallecano 1-0 pada final Liga Konferens UEFA.
Jean-Philippe Mateta muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua.
Untuk rekod, ini merupakan trofi utama kedua Palace dalam sejarah mereka, selepas memenangi Piala FA musim lalu.
.....
Dan 7 wakil negara akan meneruskan cabaran Malaysia pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Singapura hari ini.
Ini termasuk beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah dan beregu lelaki, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin yang dijadual bertemu rakan senegara, Arif Junaidi – Yap Roy King.