Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Mikel Arteta muncul pengurus terbaik EPL!

Mikel Arteta muncul pengurus terbaik EPL musim ini!

 

Ia susulan kejayaan Arteta membimbing Arsenal meraih gelaran pertama mereka dalam tempoh 22 tahun.

 

Arteta turut cipta sejarah apabila menjadi pengurus pertama yang memenangi kejuaraan EPL bersama kelab yang pernah disertainya sebagai pemain. 

__

 

Kelantan The Real Warriors sah tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan selepas gagal peroleh Lesen Kebangsaan.

 

Ia susulan permohonan dikemukakan kelab Pantai Timur itu ditolak berikutan kegagalan memenuhi kriteria ditetapkan di bawah Peraturan Pelesenan MFL.

__

 

Dan, K Letshanaa tersingkir seawal pusingan pertama saingan badminton Terbuka Singapura.

 

Ini selepas pemain perseorangan wanita negara itu tewas kepada pilihan keempat kejohanan dari China.

 

Turut beraksi hari ini, 11 lagi wakil Malaysia termasuk juara bertahan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang dijadual berdepan gandingan adik-beradik dari Perancis.

ERA Muzik Hit Terkini