Manchester City muncul juara Piala FA Inggeris.
Ini selepas skuad The Citizens menewaskan Chelsea 1-0 pada aksi final sekali gus menambah koleksi trofi domestik selepas memenangi Piala EFL.
Antoine Semenyo muncul wira City apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72.
......
Dalam perkembangan lain, Chelsea dilaporkan mencapai persetujuan dengan Xabi Alonso untuk menjadi pengendali baharu skuad The Blues.
Alonso dikatakan bersetuju menandatangani kontrak selama 4 tahun bagi menggantikan Liam Rosenior yang dipecat bulan lalu.
......
Beralih ke bola sepak tempatan, Negeri Sembilan menamatkan saingan Liga Super musim ini dengan kemenangan selepas menewaskan Kelantan The Real Warriors 2-1.
Ahmad Khuzaimi Piee dan Mio Tsuneyasu masing-masing menjaringkan satu gol untuk memastikan pasukannya raih 3 mata penuh di laman sendiri.
Dalam satu lagi aksi, Imigresen FC terikat 1-1 dengan Melaka FC.
......
Akhir sekali, perjalanan Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Thailand berakhir pada peringkat separuh akhir.
Ini selepas beregu lelaki negara, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin tewas kepada gandingan dari India dalam pertarungan 3 set.