Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Man City Kembali Senyum

Manchester City kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan RB Leipzig 3-2 pada aksi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Erling Haaland muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-78, sekali gus merekodkan 13 gol dalam sembilan pertemuan menentang Leipzig.

Kemenangan itu membolehkan City meraih tiga mata penting selepas melalui dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Aksi lain berkesudahan,

Liverpool tewas 2-3 kepada tuan rumah, Fenerbahce sekali gus menamatkan rekod kemenangan 100 peratus The Reds dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Arsenal menang 2-1 ke atas Slavia Prague,

Dan Real Madrid menang 3-2 ke atas AEK Athens.

.....

Beregu campuran, Chen Tang Jie – Chan Wen Tse akan memulakan cabaran negara pada aksi pusingan ke-2 Kejohanan Badminton Terbuka Korea hari ini.

Turut akan beraksi ialah 4 lagi wakil negara termasuk beregu lelaki, Man Wei Chong – Tee Kai Wun dan beregu campuran, Hoo Pang Ron – Lai Pei Jing.

Ikuti secara langsung Terbuka Korea bermula 9.00 pagi ini di ASTRO saluran 815 dan aplikasi Sooka.

.....

Dan Malaysia tewas 3-5 kepada Jepun menerusi penentuan penalti shoot-out pada aksi separuh akhir Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia.

Ini selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam tempoh permainan sebenar.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan impian skuad hoki lelaki negara untuk mengulangi pencapaian mara ke pentas akhir seperti edisi 2023 tidak kesampaian.

.....

Stadium Astro Segalanya Aksi Sukan. Layari stadiumastro.com untuk perkembangan berita sukan terkini!

ERA Muzik Hit Terkini