Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Kuching City muncul naib juara Liga Super, mara ke ACL2!

Kuching City muncul naib juara Liga Super!

 

Ini selepas skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu tewaskan KL City 1-0 pada aksi terakhir, malam tadi.

 

Kemenangan itu menyaksikan skuad The Cats lakar sejarah tersendiri apabila layak beraksi dalam ACL2 musim 2026/2027.

__

 

Sementara itu, Selangor terpaksa melupakan ACL2 musim depan meskipun menutup kempen Liga Super dengan kemenangan besar 6-0 ke atas PDRM.

 

Ini selepas skuad The Red Giants menamatkan kempen di tangga ketiga liga, hanya satu mata di belakang Kuching City.

__

 

Dan, Manchester United mengesahkan kedudukan ketiga dalam saingan EPL musim ini!

 

Ini selepas skuad kendalian Michael Carrick itu benam Nottingham Forest 3-2 pada aksi malam tadi.

 

Ia turut menyaksikan kapten Bruno Fernandez berjaya catat bantuan jaringan ke-20 sekali gus menyamai rekod terbanyak dalam semusim.

 

Aksi lain berkesudahan, Brentford seri 2-2 dengan Crystal Palace.

 

Sementara itu, Leeds tewaskan Brighton 1-0, Wolves seri 1-1 dengan Fulham, Everton tewas 1-3 kepada Sunderland dan Newcastle tundukkan West Ham 3-1.

ERA Muzik Hit Terkini