Aspek pembangunan sukan dan kebajikan atlet kekal menjadi keutamaan kerajaan meskipun berdepan cabaran ekonomi global.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia selaras dengan pencapaian cemerlang atlet negara sejak kebelakangan ini.
Komitmen itu ditegaskan Datuk Seri Anwar ketika berucap pada majlis Anugerah Sukan Negara 2025, hari ini.
__
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sekali lagi raih pencapaian peribadi apabila masing-masing dinobat selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2025.
Tang Jie berkata dia tidak menyangka dia berjaya mengikut jejak langkah ikonnya Datuk Seri Lee Chong Wei yang memenangi anugerah itu sebanyak empat kali.
Dalam pada itu, Ee Wei juga menyifatkan anugerah itu beri motivasi terbaik untuk terus mengharumkan nama negara terutama apabila akan turun beraksi pada Masters Malaysia, esok.
__
Dan, pengendali Manchester City tuntut anak buahnya cipta kemenangan ke atas Bournemouth pada aksi EPL, awal pagi esok.
Tegas Pep Guardiola, ia bagi memberikan tekanan kepada pendahulu Arsenal serta menghidupkan peluang merebut kejuaraan.
Ikuti aksi Bournemouth-City secara langsung bermula 2:20 pagi nanti di Astro, saluran 812 dan aplikasi Sooka!