Skip to main content

Advertisement

SUKAN| JDT mara ke final Piala Malaysia kali keenam berturut-turut!

JDT mara ke final Piala Malaysia buat kali keenam berturut-turut! 

 

Ini selepas skuad Harimau Selatan benam KL City 4-1 pada aksi separuh akhir kedua malam tadi. 

 

Bergson da Silva menjadi watak utama apabila menyumbang dua gol, manakala Syahmi Safari dan Ajdin Mujagic masing-masing jaringkan satu gol. 

 

Dengan agregat 8-1, skuad kendalian Xisco Munoz menunggu sama ada Kuching City atau Selangor yang bakal menjadi lawan di Bukit Jalil nanti. 

__ 

 

Harry Kane menemui rentak terbaik selepas pulih daripada kecederaan! 

 

Ini selepas bintang Bayern Munich itu jaringkan gol kemenangan untuk bantu pasukan tundukkan Real Madrid 2-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. 

 

Aksi lain berkesudahan, Arsenal tewaskan Sporting Lisbon 1-0 hasil jaringan Kai Havertz pada waktu kecederaan. 

__ 

 

Dan, Harry Maguire secara rasmi menandatangani pelanjutan kontrak selama setahun bersama Manchester United. 

 

Ia menyaksikan bekas kapten The Red Devils itu akan kekal di Old Trafford sehingga Jun tahun depan, dengan pilihan lanjutan setahun lagi sehingga 2028. 

THR GEGAR Permata Pantai Timur