Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Gervane Kastaneer kekal bersama TFC musim depan

Penyerang Curaçao, Gervane Kastaneer kekal bersama Terengganu FC musim depan.

Pihak Pengurusan TFC berkata pemain antarabangsa itu masih mempunyai baki kontrak bersama pasukan terbabit dan akan berakhir pada Disember ini.

Sebelum ini, pemain yang bakal beraksi pada Festival Bola Sepak 2026 itu dikatakan akan meninggalkan Terengganu selepas saingan musim ini tamat.

.....

Pemain tengah, Afiq Fazail, sah melanjutkan komitmen bersama JDT selepas menandatangani kontrak baharu untuk tempoh sekurang-kurangnya dua musim lagi.

.....

Beregu campuran negara, Jimmy Wong – Cheng Su Yin mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Singapura selepas mengejutkan pasangan nombor satu dunia dari China.

Turut akan beraksi ialah beberapa lagi wakil negara termasuk beregu lelaki, Azriyn Ayub – Tan Wee Kiong yang dijadual bertemu rakan senegara, Kang Khai Xing – Aaron Thai.

.....

Dan Enzo Maresca dilaporkan menandatangani kontrak selama tiga tahun sebagai pengurus baharu Manchester City bagi menggantikan Pep Guardiola.

Menurut laporan media antarabangsa, bekas jurulatih Chelsea itu dijangka diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat dengan kontrak sehingga Jun 2029.

ERA Muzik Hit Terkini