Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Aston Villa Menamatkan Kemarau Kejuaraan Selama 3 Dekad

Aston Villa menamatkan penantian selama 44 tahun untuk gelaran utama Eropah.

Ini selepas mereka berjaya menjulang trofi Liga Europa apabila menewaskan Freiburg 3-0 pada aksi final awal pagi tadi.

Kemenangan itu juga merupakan gelaran Liga Europa kelima untuk pengendali Villa, Unai Emery setelah memenanginya bersama Sevilla dan Villareal.

.....

Beralih ke bola sepak tempatan, Selangor perlu cipta kebangkitan pada aksi final kedua Kejuaraan Kelab ASEAN minggu depan.

Ini selepas skuad The Red Giants tewas tipis 0-1 kepada kelab Thailand, Buriram United pada aksi pertama di Stadium MBPJ malam tadi.

.....

Tuan rumah Malaysia sudah pasti ada 2 wakil beregu lelaki pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia esok.

Ini selepas Goh Sze Fei – Nur Izzuddin akan bertemu rakan senegara, Chia Wei Jie – Teo Ee Yi manakala Arif Junaidi – Yap Roy King akan berdepan Kang Kai Xing – Aaron Tai pada aksi pusingan kedua hari ini.

Sementara itu, 6 lagi wakil negara turut akan beraksi hari ini termasuk dua beregu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat – Shevon Lai.

.....

Dan dalam aksi Piala Dunia Sepak Takraw 2026 pula, skuad regu berpasukan negara menewaskan India 3-0 ketika pertemuan Kumpulan B.

ERA Muzik Hit Terkini