Skip to main content
BERITA| Mahkamah benar PN gantung tindakan RoS batal pendaftaran parti, boleh guna logo pada PRN Melaka

 

Mahkamah Tinggi KL membenarkan permohonan Perikatan Nasional, PN untuk gantung notis pembatalan pendaftaran gabungan itu yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, RoS hingga prosiding semakan kehakiman diputuskan.

 

Permohonan PN untuk tangguh pelaksanaan notis RoS yang menggantung semua kegiatan politik gabungan itu turut diluluskan oleh mahkamah.

 

Keputusan itu sekali gus beri laluan kepada PN untuk bertanding pada PRN Melaka, yang dijadual berlangsung 14 November depan.

 

ERA Muzik Hit Terkini