Skip to main content
BERITA| Insiden letupan grenad: MINDEF ucap takziah kepada keluarga dua anggota TDM terkorban

Kementerian Pertahanan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota yang terkorban dalam insiden letupan bom ketika latihan di Gurun, Kedah, semalam. 

 

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan kerajaan mendoakan ahli keluarga kedua-dua mangsa diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian berkenaan. 

 

Sementara itu, seramai tujuh individu termasuk jurulatih dan rakan selatihan telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan. 

 

Timbalan Ketua Polis Kedah berkata siasatan masih dijalankan mengikut klasifikasi laporan mati mengejut termasuk meneliti aspek SOP semasa latihan dijalankan. 

 

Terdahulu, Tentera Darat Malaysia mengesahkan dua anggotanya maut akibat kecederaan parah terkena letupan bom ketika pelaksanaan latihan membaling grenad. 

__ 

 

Kementerian Pendidikan menyasarkan peluasan tujuh lagi Sekolah Komprehensif (K11) di kawasan pedalaman tahun depan. 

 

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata peluasan itu sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sekolah K11 meningkat kepada 16 buah, berbanding sembilan ketika ini. 

 

Menurut beliau, sekolah yang dikenal pasti bagi pelaksanaan usaha tersebut di Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Sabah. 

 

Jelasnya, ia bagi mengatasi cabaran seperti jarak perjalanan, pengangkutan serta faktor yang boleh menjejaskan kehadiran murid ke sekolah. 

__ 

 

Dan, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menempa nama dalam Malaysia Book of Records bagi penyelesaian sifir terbanyak dalam tempoh satu minit. 

  

T. Vishakan melakar rekod berkenaan menerusi kategori “Most Multiplication Completed By A Child In One Minute” selepas berjaya menyelesaikan 53 soalan sifir. 

 

ERA Muzik Hit Terkini