Skip to main content
BERITA| Hospital PJ Bakal Tampung Kapasiti 500 Katil

Penduduk di sekitar Petaling bakal menarik nafas lega.

Ini selepas Menteri Besar Selangor memaklumkan Hospital Petaling Jaya akan dibina dengan konsep vertikal dan mampu menampung kapasiti 500 katil.

Datuk Seri Amirudin Shari berkata konsep itu dapat mengoptimumkan penggunaan tanah dan membantu mengurangkan kesesakan hospital awam di kawasan sekitar.

Tambah beliau, pembinaan hospital terbabit turut mengambil kira peningkatan jumlah penduduk di daerah Petaling yang kini mencecah 2.3 juta orang.

.....

Dalam perkembangan lain, Persatuan Hospital Swasta Malaysia memaklumkan hospital ahlinya mempunyai pelan persediaan sekiranya berlaku gangguan bekalan ubat.

Bagaimanapun bekalan ubat asli dan generik di hospital swasta seluruh negara ketika ini masih mencukupi dengan rantaian bekalan yang kekal stabil.

.....

Kuala Kangsar di Perak dan Machang di Kelantan merekodkan cuaca panas tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian boleh mencecah sehingga 37 darjah Celsius.

.....

Guru lelaki yang ditahan berkaitan kes salah laku seksual terhadap dua pelajar di sebuah sekolah menengah di Terengganu baru-baru ini direman selama dua hari.

.....

Pasukan Gerakan Am Sarawak merampas lebih 340,000 liter diesel bersubsidi bernilai kira-kira RM1.8 juta menerusi Op Tiris sejak 16 Mac lalu.

.....

Dan harga petrol RON95 tanpa subsidi dan RON97 masing-masing turun 15 sen dan 20 sen seliter, manakala diesel di Semenanjung Malaysia turun 10 sen.

ERA Muzik Hit Terkini