Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Skuad Badminton Lelaki Negara Tewaskan Mongolia 3-0

 

SUKAN| Skuad Badminton Lelaki Negara Tewaskan Mongolia 3-0 

Malaysia buka tirai acara badminton berpasukan lelaki pada Sukan Asia Aichi–Nagoya 2026 dengan kemenangan. 

Skuad badminton lelaki negara mudah menewaskan Mongolia 3-0 pada pusingan pertama. 

Mereka seterusnya akan berdepan pilihan utama kejohanan, Indonesia pada aksi suku akhir, esok. 

Terdahulu, skuad wanita telah mengesahkan tempat ke suku akhir selepas singkirkan Hong Kong 3-0. 

Sementara itu, kuartet 4x200 meter gaya bebas lelaki negara tempah tiket ke peringkat akhir. 

Ini selepas skuad renang negara yang diketuai Khiew Hoe Yan tamatkan saingan di kedudukan kelima keseluruhan. 

Pasukan sepak takraw lelaki negara pula meneruskan rentak kemenangan pada Sukan Asia. 

Mereka kalahkan Filipina 3-0 pada aksi kedua kumpulan B acara regu berpasukan selepas mudah menundukkan pasukan tuan rumah, Jepun 3-0 pada aksi pertama.

 

ERA Muzik Hit Terkini