
BERITA| DUN Melaka Bubar Berkuatkuasa Esok
Malaysia bakal berdepan Pilihanraya Negeri ketiga dalam tempoh kurang 4 bulan.
Ia susulan pengumuman Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bahawa DUN Melaka dibubarkan berkuatkuasa esok.
Pembubaran DUN Melaka itu sekaligus beri laluan kepada Pilihanraya Negeri ke-16 yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
PRN Melaka bakal menyusuli PRN Sembilan yang diadakan bulan lepas dan PRN Johor pada Julai lalu.