
BERITA| Buli Tidak Harus Berlaku Di Institusi Pendidikan
Perdana Menteri menegaskan isu buli tidak seharusnya berlaku di mana-mana institusi pendidikan kerana ia bercanggah dengan matlamat pendidikan dan pembentukan akhlak.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan menyembunyikan kes buli bagi menjaga imej sekolah hanya akan menyebabkan mangsa terus tidak mendapat pembelaan.
Justeru beliau ingatkan guru dan pelajar supaya mainkan peranan dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat serta berteraskan nilai akhlak yang tinggi.
Dalam perkembangan berkaitan, polis tahan 3 pelajar sebuah sekolah menengah di Ampang Jaya kerana disyaki terbabit dalam kejadian membelasah rakan sekolahnya.
Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada dakwaan mangsa mengganggu teman wanita salah seorang suspek.