Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Wei Chong-Kai Wun Tamatkan Penantian 27 Tahun Malaysia Untuk Muncul Juara Terbuka Hong Kong!

 

Man Wei Chong-Tee Kai Wun tamatkan penantian 27 tahun Malaysia untuk muncul juara badminton Terbuka Hong Kong!

 

Ini selepas beregu lelaki negara itu tumbangkan gandingan Indonesia dengan straight set sekali gus raih gelaran kedua musim ini selepas menjuarai Terbuka Perancis, bulan lalu.

 

Kali terakhir Malaysia rangkul gelaran beregu lelaki pada kejohanan tersebut adalah pada 1999 menerusi legenda negara, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock.

 

Sementara itu, juara edisi 2024 Pearly Tan-M Thinaah sekali lagi mengungguli acara beregu wanita selepas tundukkan gandingan ranking ke-11 dunia dari Jepun.

 

Kejayaan itu menyaksikan beregu wanita utama negara itu raih gelaran ketiga musim ini selepas muncul juara Masters Indonesia dan Terbuka Denmark.

 

ERA Muzik Hit Terkini