
SUKAN| Piala Asia 2027 Ditangguhkan
Piala Asia 2027 yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di 3 bandar utama Arab Saudi pada Januari tahun depan sah ditangguhkan.
Menurut AFC, kejohanan itu akan ditunda ke 23 Disember 2027 hingga 21 Januari 2028.
Ia susulan ketegangan keselamatan di rantau Asia Barat dan perkembangan itu mendapat perhatian seluruh pasukan.
Sebagai rekod, Malaysia tidak berjaya layak ke kejohanan itu selepas keputusan rasmi AFC pada Mac lalu membatalkan 2 kemenangan Harimau Malaya yang menyebabkan mata dipotong.
Ia ekoran isu pemalsuan dokumen pemain skuad negara sekaligus menyaksikan Vietnam mendapat kelebihan.