Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Juara bertahan Zii Jia tempah tiket ke undian utama Terbuka Thailand!

Lee Zii Jia mengesahkan tiket ke undian utama saingan badminton Terbuka Thailand!

 

Ini selepas pemain perseorangan negara itu tewaskan wakil India dan Chinese Taipei pada pusingan kelayakan, semalam.

 

Kejayaan itu sekali gus menyalakan peluang buat Zii Jia untuk buru gelaran ketiga Terbuka Thailand selepas pernah muncul juara pada edisi 2022 dan 2024.

__

 

Jawatankuasa Program Road to Gold akan meneroka sukan baharu yang berpotensi untuk disenaraikan dalam merealisasikan sasaran pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik.

 

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa RTG minggu depan.

 

Berdasarkan senarai sukan dan atlet 2025, hanya empat jenis sukan berada di bawah program RTG iaitu badminton, berbasikal trek, angkat berat dan skuasy.

__

 

Dan, Arsenal kehilangan khidmat Ben White untuk baki aksi EPL musim ini susulan alami kecederaan serius.

 

Situasi itu turut menyaksikan pertahanan The Gunners itu turut berkemungkinan tidak dapat diturunkan mewakili England pada saingan Piala Dunia 2026, bulan depan. 

ERA Muzik Hit Terkini