Skuad Harimau Malaya terpaksa akur apabila tewas 0-2 di tangan China pada perlawanan persahabatan, malam tadi.
Keputusan itu turut menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain gagal menamatkan badi 46 tahun tidak menang ke atas China.
Untuk rekod, kali terakhir Harimau Malaya tewaskan China adalah pada 1980 menerusi kemenangan 3-1 dalam aksi persahabatan di Kuala Lumpur.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe seterusnya bakal berdepan pasukan ranking 144 dunia, Yaman, Selasa ini.